Assalammualaikum, dah solat belum?. Kalau belum silalah solat dulu. Pernah dengar tak ayat ni.."Pentingkan ape yang lebih penting bukan pentingkan apa yang kurang penting"..Manfaatnya kita akan medidik diri ini menjadi seorang yang menepati masa dan kita dapat belajar menghargai masa.24 jam adalah peruntukkan yang terbaik untuk diri kita, maka aturlah dengan bijak kerana masa itu tak pernah dan tak boleh di undur walau sesaat dan tak boleh juga dicepatkan walau sesaat.
Mari kita sama berfikir sejenak. Siapa kita dan ke mana kita? Ini jawapannya. Sebelum kita menjawab sendiri siapa kita, kenalilah dulu asal usul kita. Di mana kita bermula sehingga ke mana akan kita tuju. Setiap manusia bermula dengan alam arwah atau pun alam roh. Tak siapa terkecuali melalui alam ini, di sinilah kita membuat perjanjian dengan Allah untuk melakukan suruhanNya dan meningglkan laranganNya. Renungkanlah kembali PERJANJIAN ini..!
Seterusnya kita semua juga akan melalui alam rahim. Kenapa mesti rahim? Rahim itu sendiri yang membawa maksud kasih sayang. Hanya dengan sperma dan ovum maka terbentuklah ketulan darah yang kemudiannya membentuk menjadi fetus yang telah ditiupkan roh padanya. Selama 9 bulan 10 hari kita semua tinggal di alam rahim. Dengan penuh kasih sayang kita di jaga oleh seoarang wanita yang bergelar ibu. Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Hinggalah sampai waktunya kita akan ke alam dunia selapas melalui detik kelahiran. Di sini lah kita sekarang. Alam yang penuh dengan bermacam-macam liku. Saat inilah perlunya kita menunaikan PERJANJIAN yang pernah kita buat sebelum ini. Adakah anda sudah melaksanakan PERJANJIAN itu? Jika belum, lakukanlah.
Ke mana kita? Ini jawapannya. Alam barzakh. Ya, setiap yang hidup pasti mati akhirnya. Cuma kita sahaja yang tak pernah tahu dan jangka bila waktunya, bila tarikhnya dan bila harinya. Ajal tidak pernah menunggu cita-cita. Seterusnya, bersamalah kita di bangkitkan dan alam mahsyar lah penetuannya. Pembalasan? Perhitungan? Ya, sewaktu ini PERJANJIAN di rungkai kembali untuk di nilai dan di tuntut ganjarannya. Jika sempurna perlaksanaa PERJANJIAN itu maka ganjaran yang di janjikan ialah syurga, sekiranya cacat pelaksanaa PERJANJIAN itu maka neraka lah ganjarannya.
Renunglah kembali, siapa kita di bumi Allah ini? Ke mana kita di bumi Allah ini? Maka segalanya ada di tangan anda untuk menentukan segalanya. Kemana kita ingin tuju di akhir jalan itu. Lunaskanlah PERJANJIAN itu dengan sebaiknya.
Berfikir untuk sesuatu yang lebih perlu,
Lantaran waktu yang tidak menunggu,
Untuk kita menyedari yang mana benar yang mana palsu.!