Saturday, February 19, 2011

Siapa kita dan ke mana kita?



Bismillahirrahmanirahim~


Assalammualaikum, dah solat belum?. Kalau belum silalah solat dulu. Pernah dengar tak ayat ni.."Pentingkan ape yang lebih penting bukan pentingkan apa yang kurang penting"..Manfaatnya kita akan medidik diri ini menjadi seorang yang menepati masa dan kita dapat belajar menghargai masa.24 jam adalah peruntukkan yang terbaik untuk diri kita, maka aturlah dengan bijak kerana masa itu tak pernah dan tak boleh di undur walau sesaat dan tak boleh juga dicepatkan walau sesaat.


Mari kita sama berfikir sejenak. Siapa kita dan ke mana kita? Ini jawapannya. Sebelum kita menjawab sendiri siapa kita, kenalilah dulu asal usul kita. Di mana kita bermula sehingga ke mana akan kita tuju. Setiap manusia bermula dengan alam arwah atau pun alam roh. Tak siapa terkecuali melalui alam ini, di sinilah kita membuat perjanjian dengan Allah untuk melakukan suruhanNya dan meningglkan laranganNya. Renungkanlah kembali PERJANJIAN ini..!

Seterusnya kita semua juga akan melalui alam rahim. Kenapa mesti rahim? Rahim itu sendiri yang membawa maksud kasih sayang. Hanya dengan sperma dan ovum maka terbentuklah ketulan darah yang kemudiannya membentuk menjadi fetus yang telah ditiupkan roh padanya. Selama 9 bulan 10 hari kita semua tinggal di alam rahim. Dengan penuh kasih sayang kita di jaga oleh seoarang wanita yang bergelar ibu. Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Hinggalah sampai waktunya kita akan ke alam dunia selapas melalui detik kelahiran. Di sini lah kita sekarang. Alam yang penuh dengan bermacam-macam liku. Saat inilah perlunya kita menunaikan PERJANJIAN yang pernah kita buat sebelum ini. Adakah anda sudah melaksanakan PERJANJIAN itu? Jika belum, lakukanlah.

Ke mana kita? Ini jawapannya. Alam barzakh. Ya, setiap yang hidup pasti mati akhirnya. Cuma kita sahaja yang tak pernah tahu dan jangka bila waktunya, bila tarikhnya dan bila harinya. Ajal tidak pernah menunggu cita-cita. Seterusnya, bersamalah kita di bangkitkan dan alam mahsyar lah penetuannya. Pembalasan? Perhitungan? Ya, sewaktu ini PERJANJIAN di rungkai kembali untuk di nilai dan di tuntut ganjarannya. Jika sempurna perlaksanaa PERJANJIAN itu maka ganjaran yang di janjikan ialah syurga, sekiranya cacat pelaksanaa PERJANJIAN itu maka neraka lah ganjarannya.

Renunglah kembali, siapa kita di bumi Allah ini? Ke mana kita di bumi Allah ini? Maka segalanya ada di tangan anda untuk menentukan segalanya. Kemana kita ingin tuju di akhir jalan itu. Lunaskanlah PERJANJIAN itu dengan sebaiknya.

Berfikir untuk sesuatu yang lebih perlu,
Lantaran waktu yang tidak menunggu,
Untuk kita menyedari yang mana benar yang mana palsu.!

Friday, February 18, 2011

News!


Bismillahirahmanirahim~

Alhamdulillah, semuanye dah kembali seperti sediakala, kuliah pun telah selamat di khatamkan mnggu ni dan marilah kita sama-sama melangkah ke clinical area plak..."Ya Allah, kau berikan aku ketabahan dalam melaluinya dan permudahkanlah segala urusanku.." amin..

Setiap yang dilalui adalah corak kehidupan yang mengajar kita menjadi lebih baik dan sempurna. Terlalu banyak perkara yang berlaku dan terlalu banyak yang dah aku pelajari untuk membentuk dan mencapai sesuatu yang di impikan..Alhamdulillah, dengan hadirnya seorang yang layak di gelar sahabat aku mula mengenali erti kehidupan yang semalam adalah pengajaran hari ini pengalaman dan esok penentuan..

Buat sementara waktu ni, agak berserabut sikit blog cz tgh nak wat pengubah baikkan..huhu..so, banyak dh entry yang tak sepatutnye selamat di-DELETE-kan..insyaAllah, akan ade entry2 yang akn meng-replace-kan..tp bukan dalam masa terdekat cz 2 mnggu ni aku akn ber-buzy-kan diri dengan stdy+labour room+antinatal+postnatal...exam pun dh makin dekat, OSCE apetah lg..huhu..gabung sem lepas punye sekali mmg r menguji daya ingatan..huhu..

*pelihara hatimu, kerana ia umpama kaca, jangan biar ia retak...

Saturday, January 29, 2011

sink and float..

Assalammualaikum...

Huh! agak lame dh berabad aku tak mengupdatekan blog aku ni..pada kalian yg sudi nak menjeling kat sini terima kasih bebangat la ea..banyak benda yg nak di updatekan kat sini ni..tp kena r beransur-ansur..tunggu je r..aku ni pun rase mcm dh berabad tunggu laptop ku sihat seperti dulu..huhu..

Hari ni updatepun pakai laptop Ina, thanx Ina..dan nak di pendekkan cerita. Tadi tgn ni agak miang pulak nak g usha muke buku alih2 terbace something yg rase mcm sakit hati+sakit hati...boleh pulak selama ni aku tak tahu ape-ape.nape die tak ckp ea? rase mcm dh tak faham ape-ape..better aku senyap je and after tu buat tak tahu je..ok buat mmg tak tahu ape-ape. menyampah!..atau? aku je yg perasan bfre dis..entah-entah die tak pandang pun aku..hahahaha...the conclusion here is..sudah lah., jgn nak memerasankan diri. die tak pandang kau pun..yeke?..ok aku faham!..ape yg penting urself, insyaAllah ade yg lagi baik dan sempurna selain die..


rase mcm nak membebel banyak lagi tp masa tak mengizinkan..ok r..tunggu next entry after raye cina ni ea..hehehe...(tajuk etry yg takde kaitan?..lantak r..)

lastword: tak kire r..saya akn cari JUGAK!